Elsa - Disney's Frozen

Saturday, June 30, 2012

Yang Pergi Tetap Pergi , Yang Hidup Mesti Teruskan Hidup



Pada pagi yang amat mulia ini , telefon ku berdering , di skrin telefon ku , tertayang satu mesej daripada sahabat ku , saya buka mesej tersebut , saya terkejut , macam tak percaya , adakah mimpi ? adakah ini takdir ? , disini sya nk bagitau yang sahabat sya , mak dia meninggal dunia pagi tadi , sya dan sahabat sya yang sorang lgi bergegas ke lokasi , Tengah hari , saya dan sahabat2 yang lain sempat melihat jenazah dimandikan sampai lar dikebumikan , saya menitiskan air mata , Kami memberikan
kata2 utk sahabat saya yg telah kehilangan seorang ibu yang amat disayangi dan amat rapat , sahabat saya amat sedih sebab tak sangka semua ini akan terjadi , sahabat saya adalah seorang anak yang baik , dia telah menjaga emak yer ketika sakit , Disini saya ingin menyatakan bahawa , kita seharusnya meminta maaf dengan ibu bapa kita sebelum terlambat , jangan sesekali kita menderhaka kepada ibu bapa kita , mereka lar yang telah menjaga kita sampai la kita besar , jasa seorang ibu dan bapa amat besar dan kita sendiri tak mampu untuk membalas yer , Jangan la kita menjadi seorang insan yang terlambat dan baru nak menyesal bila melihat sebujur badan yang terbaring dan berputih ,
Yang pergi tetap pergi , walaupun kita menangis kita harus menerima hakikat bahawa insan yang kita sayanag telah pergi dan Yang hidup mesti teruskan kehidupan , menghargai kehidupan dan jangan mengsia-siakan ye ,

-Sekian , Terima Kasih-

No comments:

Post a Comment